Tahniah atas keputusan anda menceburkan diri dalam perniagaan IPC dan selamat datang dalam organisasi MYAIRLINE. Saya yakin anda sudah menjadi seorang lagi daripada mereka yang bertuah yang mengambil peluang perniagaan yang terbaik sekali dalam dunia perniagaan sekarang ini.
IPC bergerak sekarang di 26 negara dan akan ke 100 negara dalam masa 3 tahun dari tarikh pelancarannya.Sewaktu rangkaian pengedar anda tumbuh anda akan disokong oleh system yang dirangka khas untuk anda.Anda dan ahli anda akan dapat menyertai perjumpaan setiap minggu, bulan , seminar, sisi latihan dan majlis-majlis yang lain yang sering diaturkan oleh organisasi kita.
Didalam blog ini, saya akan menyediakan butir-butir terperinci tentang perkara yang perlu anda tahu dan yang anda perlu buat untuk memulakan perniagaan anda dengan berjaya, serta menolong anda bergerak maju kearah taraf yang lebih baik dari apa yang anda ada sekarang.Penerangan ini adalah intipati dari pengalaman ramai bertahun-tahun, dan telah direka dalam bentuk yang dapat menolong ahli baru dalam pendekatan mereka, selangkah demi selangkah untuk membina perniagaan masing-masing.Jika diikuti dengan teliti, penerangan ini akan menolong anda mengelakkan banyak kesalahan-kesalahan yang dibuat orang lain dimasa yang lalu.
Oleh kerana perniagaan ini perniagaan yang berasakan gandaan, kefahaman terhadap dasar-dasarnya adalh penting. Apabila dasar-dasar ini telah termeteri, yang tinggal hanyalah untuk dihayati sahaja. Perniagaan ini adalah perniagaan yang melibatkan usaha mengajar orang meniru macam anda. Oleh itu adalah mustahak mempelajari apa sahaja yang dibuat dan diberitahu oleh ahli atasan anda yang telah berjaya itu. Jangan pula kita cuba “mereka semula roda.” “Pelajarilah, ajarkanlah dan ajarkan orang lain mengajarkannya”, ini adalah satu-satunya dasar yang penting dalam kerjaya membina rangkaian yang luas.
Panduan ini adalah istimewa, khas kepada MYAIRLINE organisasi dan hanya disediakan dalam lingkungan talian keahliannya sahaja. Ia adalah alat untuk anda menggunakannya bersama dengan alat-alat yang lain seperti buku-buku ajuan saya, pita-pita latihan dan motivasi, seminar-seminar, penyampaian secara terbuka, sisi latihan dan kaunsling seorang sama seorang. Perlu diingat, blog panduan ini bukanya bertujuan buat pengganti penaja atau orang atasan anda, pengalaman mereka itu lah yang sepatutnya, pada akhirnya yang menjadi sumber keterangan untuk anda.
Selamat datang ke keluarga MYAIRLINE.
Ketemu anda dimercu kejayaan
Zakaria Hussein
+60177600239
Wednesday, May 9, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)
